❤ hey follower, thanks! ❤

Wednesday, December 21, 2011

Blog Usang

Salam, hye semua! ^.^

Lamanya cik xira tak update blog hitam merah cik xira ni. Almost 3 bulan kan? Last entry masa raya, sebelum raya tu pon dh lama jugak cik xira tak update. Busy sgt ka? Tak dak la sangat² cuma inspirasi nak panjangkan jari jemari semakin berkurangan.

Apa cerita howt sekarang ni? Meh laa kongsi dengan cik xira! Gosippp kau jah! Haha.

nota kaki : Honestly, I don't have time to hate the people who hate me, because I'm too busy loving the people who love me ^.^

Wednesday, October 12, 2011

Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... Tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

Pernah tak terlintas di ruang minda kita bahawa apabila kita bertemu dengan orang yang salah lalu hubungan cinta itu terputus di pertengahan jalan, ia kerana tuk mendekatkan kita dengan orang yang memang dicipta untuk kita.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Bersyukur dengan segala ujian yang pernah Allah turunkan kepadaku. Pengalaman yang ada adalah mata pelajaran pertama untuk membentuk diri kita. Bersyukur atas hidrat yang dianugerahkan oleh-Nya.


Wednesday, September 28, 2011

Ya Allah....

Aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang tidak sempurna. Sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMu. Seorang insan yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya. Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya. Seorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Bantu aku Ya Allah, tunjukkan aku jalan²nya.

Thursday, September 8, 2011

RAYA

alam, hye reader!

Masih belom terlambatkan tuk cik xira ucapkan, SHRMZB. Semoga lebaran kali ini membawa 1001 cerita tuk djadikn kenangan bersama.

Lebaran kali ini masih sama seperti lebaran yang lalu, incomplete. Ia kelihatan agak suram, tapi masih berseri. Syukur Alhamdulillah.

Kesempatan ini cik xira ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan yang ikhlas dari sudut hati kalian. Maaf andai cik xira pernah menyakiti dan mengasari kalian. Sengaja atau tidak, maafkan cik xira.

Semoga kehidupan kita sama² diberkati dunia akhirat, Amin.

Salam bermaafan dpagi raya bersama bonda tercinta

Abg Jali, Kak Ina, Uncle, Mama, Kak Yanie and me

Raya ke-empat bersama Mama, Uncle, Abg sekeluarga, Kakak sekeluarga, Kak Ina, Kak Yanie dan Abg Jali

Riang ria raya bersama Farabee dan Jie comel

Tiada kata seindah rasa, lots of love with her, Nor Afiza


Dihari malam raya bersama mereka yang saya chenta!

Raya kelima beraya bersama Nur Ruzanna, kt rumah boss :)


p/s: tahun ni tak banyak bergambar dihari raya >.<

Monday, August 22, 2011

Hye, nak num fon bole?

Salam readers!

Hahaha, lama gila kan tak update blog nih? Sampai dah nk bersawang. Rasanya Terlewat tak tuk cik xira wish Selamat Menjalani Ibadah Puasa? OMG!! Tak sempat langsung baq ang!! Ok, kepada semua sahabat seIslam cik xira, disini cik xira nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, kalau ada salah dan silap, harap maafkan cik xira.

Ok, tengok title entry ni. Haaaa betul nihhh... Cik xira nak num fon readers bole? T tinggalkan num fon dalam ruangan komen tu ehh? Thanks!

Tapi kalau tanak bagi pon tak pa laa, meh cik xira teka num fon korang.

Memula key in 3 digit pertama num fon anda (tidak termasuk +601), then ce darab num tu ngn 80. Dapat? Kemudian ditambah 1 dan didarab 250. Setelah itu, tambah 4 digit terakhir num fon anda. Dapat? Ce tambah sekali lagi 4 digit terakhir tu tgk. Then tolak ngn 250 dan bahagi 2.

Betul tak awak? Eheee mekasih! =))

Wednesday, August 3, 2011

Barang Panas tuk Dijual..


Nikon D3000 untuk djual...

Dilengkapi Kit Lens 18-55mm with filter + Flash Nissin Di622 (with diffusal) + Tripod + Memory card 4g + Battery + Nikon DSLR Bag (original)...

Tip Top condition + shuttle count 2ribu lebih! Diberi seminggu personal warranty.. COD area Butterworth, Penang, Sg Petani..

Harga : RM 1500 :)

Kalau berminat, boleh terus hubungi saya dekat Facebook.com! Serious buyer only, please..

Camera dibeli March 2010.. PM asap! Ada promosi tuk bulan puasa! Barang baik jangan dilepaskan :)


Thursday, July 28, 2011

Good Luck!

Hitam kuning..! Hitam kuning..! Hitam kuning..! Go Tiger..! Go Tiger..! :)

Tetiba semangat waja dok nyanyi part ni ulang2 kali dgn gaya macam iklan dalam radio Era.fm! Nak tengok bola la malam ni.. :) Sambil pakai baju hitam kuning! Walaupun malam ni perwaja kita pakai baju kaler biru, tapi takpa! Cik xira pakai bju kaler hitam kuning naa... Sebab baju tu ja yang dok ada, lalala~