❤ hey follower, thanks! ❤

Tuesday, June 8, 2010

percintaan yang berakhir dengan perkahwinan...


Indahnya kalau kita dapat mendirikan masjid bersama dengan pasangan yang kita cintai. Indah lagi apabila perkahwinan yang terbentuk itu merapatkan lagi hubungan antara suami isteri. Indahnya andai kita mampu menjadi ibu atau ayah tuk anak-anak insan yang kita cintai.

Apa pula nasib insan yang berkahwin tanpa ada perasaan kasih? Bagaimana agaknya mereka hendak wujudkan perasaan kasih andai mereka kasihkan insan laen? Perkahwinan yang diaturkan oleh pihak keluarga. Ada pendapat mengatakan pilihan orang tua lebih tepat tapi pada zaman sekarang, masih wujudkah cara itu?

Bagaimana pula jika kita berkahwin kerana merasakan seru tuk berkahwin telah sampai, siapa pilihan calon kita? Andai pasangan kita masih belom bersedia, sanggupkah kita meninggalkannya begitu sahaja?

Ada juga yang mengatakan, bercinta bertahun-tahun indah tapi selepas berjaya mendirikan rumah tangga tiba-tiba semuanya berubah. Si dia yang mulanya kita kenali dulu mesra, penyayang tetiba bertukar menjadi garang dan pemarah.

Dan tak juga terkecuali kes-kes yang biasa kita lihat, bercinta bermadu asmara ibarat dunia ini mereka yang punya tapi kesudahannya berakhir dengan perpisahan dan meyakinkan kita dengan ayat skeM 'jodoh antara kita tiada'. Urgghhh!!

Ye la, jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan. Tapi kita sebagai manusia mampu mengusahakan yang terbaik tuk diri kita. Macam yang selalu si dia katakan, 'kita yang buat dia, bukan dia buat kita'... Macam iklan rokok, 'anda mampu mengubahnya'... Lebih kurang macamtu larhh yang cik xira cuba sampaikan.

Tapi apa2 pown, cik xira doakan kenalan, kawan, rakan, teman dan juga sahabat cik xira bertemu dengan jodoh mereka dan berkekalan bahagia selama hendaknya. Doakan tuk cik xira sama ya! Heee~

nota siku I : minggu neyh myk sembang dengan housemate bab kawen, apa petandanya ea.. hmmm~

3 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

jodoh ketentuan di tangan tuhan.. sape pon jodoh kita.. kita tak tahu.. doakan yg terbaik jelah eyh :)

✿Lovillea✿ said...

ermm sedey lah.. bercinta bagai nak rak kcundang gak akhirnya...
mne silapnya ntahlah xtaw r TT__TT

xira said...

@aisumiChan - yaa, sentiasala bdoa jodoh kita dalam kesejahteraan.. x)

@lovilea - hmmm, sabarla babe.. dlm phbngn kena ada tolak ansur dan buang sikap ego.. x)