❤ hey follower, thanks! ❤

Sunday, July 11, 2010

anda nak cakap tentang tanggungjawab??

Apa itu tanggungjawab?? Pasti anda jelas mengetahui apa itu maksud sebenar disebalik perkataan tanggungjawab. Ya, jawapan itu ada pada anda, anda dan anda. Tak perlula cik xira nak kupaskan sehelai2 kat anda kan??

Ok, mai nk bagi satu kes jenayah kat sini. Kita kupaskan cerita 'Masihkah Ada Tanggungjawab Disitu?'

Cerita indah itu bermula apabila Cik Meon dan Cik Meah dah lama memutuskan perhubungan chenta antara mereka. Kemudian setelah berbulan-bulan lamanya Cik Meon menjalinkan hubungan chenta bersama Cik Milah, kekasih baru. Cik Milah mengetahui setiap sudut ceritera indah mereka kononnya, yang telah awal-awal lagi Cik Meon menceritakan kepada Cik Milah. Kemudian hubungan chenta yang baru mula berputik itu diganggu oleh anasir luar, atau lebih mudah lagi oleh pihak ketiga yang dikenali sebagai Cik Meah.

Dalam kes ini wajarkah Cik Meah datang mengesel-ngesel kat Cik Meon yang bukan lagi chenta hati beliau kemudian meminta itu ini?.. Wajarkah Cik Meon membiarkan hati kekasih barunya, Cik Milah terluka dek perbuatan yang menjengkelkan itu?.. Dan layakkah Cik Meon ingin berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak?.. Sedangkan dalam kes juana ini, Cik Milah hanya dibiarkan makan hati berulamkan jantung, dan Cik Meah senang lenang meminta duet pelbagai tuk menampung kos hidupnya?..

Saya serahkan jawapan 'tanggungjawab' itu untuk anda pertimbangkan. Masih adakah tanggungjawab Cik Meon terhadap Cik Meah?.. Adilkah Cik Milah diperlakukan sebegitu rupa?.. Owh, mungkin kerana nama Cik Meon dan Cik Meah hampir serupa so bole la??

Erkk!! Nama dan cerita indah ini rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kesinambungan cerita ini hanyalah kebetulan semata-mata.

Sekian terima kasih.

*entry sampah*

No comments: