❤ hey follower, thanks! ❤

Wednesday, August 25, 2010

Istiadat Konvokesyen UiTM tidak lagi akan dijalankan di Induk Shah Alam sahaja

Grrrrr~

Berita yang disampaikan ini amatlah menyesakkan dada cik xira! Dah la demam belom sembuh sepenuhnya, ditambahkan pula dengan berita ini! Saat ingin konvo bersama rakan-rakan sewaktu diploma nampaknya terkubur begitu sahaja.

Masih segar lagi dalam ingatan xira saat xira konvo dengan rakan-rakan diploma dlu. Selepas satu semester berasingan dengan mereka dan saat konvo bersama-sama itu kami menggunakan masa yang ada itu sebaik mungkin tuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada.

Sekarang neyh rakan-rakan diploma dah tercampak merata kampus, kononnya nanti time grad bolehlah together2 semula. Tapi bila berita ini sampai, harapanku hancur musnah!!

Ini cik xira amek keratan dari web UiTM bahagian rekod pelajar dan konvokesyen :

"..Istiadat Konvokesyen dijangka akan berlangsung dari 25 November hingga 6 Disember 2010 di UiTM Shah Alam dan empat kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak. Istiadat Konvokesyen Ke-73 ini juga akan berlangsung secara serentak di kampus Induk Shah Alam dan juga empat kampus tersebut mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

Bagi graduan yang menuntut di kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak serta Kolej-Kolej Bersekutu di empat negeri tersebut dimaklumkan anda akan bergraduasi di empat kampus cawangan yang telah dinyatakan. Manakala graduan yang menuntut di negeri selain yang dinyatakan diatas, anda akan bergraduasi di Kampus Induk Shah Alam.

Sebarang Maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen. Harap maklum.

Last Updated on Monday, 23 August 2010 15:54 .."

Nahh ketahuan!! Sila la berterima kasih kepada UiTM dihatiku kerana mengasingkan kami.. :(

4 comments:

Unknown said...

laa..akan buat kat lain2 ek~

Kenangan Lalu said...

Memberikan pre-congratz sempena nak konvo!

xira ixora said...

@alinac lover haa'ahhhh, tu la pasai.. tragis betul larhhh~

xira ixora said...

@AlexAlabasta hehu~ mekasih.. :D