❤ hey follower, thanks! ❤

Wednesday, August 4, 2010

Salam pembuka bicara..

Hye readers!

Mulakan hari anda dengan senyuman ikhlas. Lupakan sengketa lama, terokai ceritera yang baru ingin bermula kini. Jadikan noktah hitam semalam sebagai suatu pengajaran yang selamanya akan terus meninggalkan parut dihati! Biar ia terus kekal disitu supaya anda akan selalu menjadikan ia sebagai tauladan. Dan hargai mereka yang sentiasa menghargai anda, terus gilap cahaya permata yang setia menerangi hari-hari anda.

Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong anda. Dan hiraukan senyuman palsu mereka! Hidup ini cuma sekali, tetapi ingatlah roda itu akan berputar dan terus berputar.. Jangan sesali andai kini masa anda dibawah pusingan roda itu dan mereka di atas kerana akan tiba suatu masa mereka yang diatas akan kebawah jua. Belajar tuk menjadi kuat, belajar tuk menerima apa musibah yang bakal berlaku. Belajar!

Kesilapan yang dilakukan pada hari-hari sebelum ini, harap dimaafkan.

Tapi jangan cuba mencurigai chenta yang kian memekar ini.

No comments: