❤ hey follower, thanks! ❤

Monday, September 6, 2010

Cinta Itu...........


Cinta itu datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Cinta itu datang kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Cinta itu datang kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.Dan cinta itu datang kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata chenta kepada orang yang tersayang sehingga dia pergi meninggalkan dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata chenta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata chenta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

nota chenta : satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

3 comments:

najib said...

cik kira,selamat ari raya

xira said...

@najib selamat hari raya jugak~
maaf zahir dan batin ya!

aKu NaKaL said...

yup. ??