❤ hey follower, thanks! ❤

Tuesday, September 28, 2010

Kenapa Perempuan Merajuk??

Salam readers! Hari ni jom kita nengok kenapa awek abang-abang diluar sana suka sangat merajuk. Abang-abang pown mai la belajar sama cara nak pujuk awek abang turhhh, janganla abang pown merajuk sama! Ahaha~ Jom jom~!

Ini antara sebab-sebab kenapa perempuan merajuk:

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si ia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya! Bahaya bila ada perasaan macam neyh. Anda kena cepat-cepat tanganinya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Contohnya, si dia teringin sangat nak makan laksa, tapi anda tak bawak si dia ke gerai laksa malahan anda bawak dia ke EE Burger. Mulala si dia merajuk, makan pown tak habis.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza iaitu ; merajuk.

Takat turh je dulu, cik xira pown dapat maklumat takat ni je baru. Ahaha~ Pengalaman sendiri?? Haiissshhh~ Nanti-nanti larhh cik xira share lagi.


Haaa~ Dah awek merajuk turh, pergi la pujuk! Tawu tak macam mana nak pujuk wahai abang sayang?? Meh nengok sini~

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si dia. Walaupun anda terpaksa ulang benda yang sama itu berulang kali! Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata romantis;
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si dia; bucuk, comot, manja, dan sebagainya. Buncit pown boleh larhh! Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ahaha~ tudiaaa~ Tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apa salah kalau anda cuba, bukan sekali!! Tapi cuba la berkali-kali. Lagi syahdu kalau anda boleh memetik gitar sambil nyanyikan lagu chenta anda berdua! Waaahhh~ Sukanya saya!!

Nak lagi?? Usaha larhh sendiri!!

nota siku : perempuan sedikit mengada-ngada, macam baby! Tapi sebenarnya mereka manja dan mahukan perhatian dari seorang kekasih! :)

thanks syue~

This emoticon has been enhanced by Faciconszyraxoxo This emoticon has been enhanced by Facicons

No comments: