❤ hey follower, thanks! ❤

Sunday, October 24, 2010

10 sifat calon suami yang baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

This emoticon has been enhanced by FaciconszyraxoxoThis emoticon has been enhanced by Facicons


3 comments:

Mohamad Termizi said...

me as a guy pun setuju gak gan point2 yang di listkan oleh tuan empunya blog ni..

Tp for girl.. kalo nak mencari laki mcm ni pun agak ssh lah zaman skang ni.. kene btl2 cari kalo tak merana diri..

drop by to my blog ok

Ken Wooi said...

quite true :)

Anonymous said...

syukur alhamdulillah telah dipertemukan dengan nya =)

zyra....nak mintak izin copy leyh?
*wink*wink*