❤ hey follower, thanks! ❤

Showing posts with label UITM. Show all posts
Showing posts with label UITM. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Blog Usang

Salam readers! :) Hye~

Dah lama tak update blog nih, sampai dah berusang dah ni haaa....

Cik xira baru ja selesai mem-busy-kan diri di Arau Kota Keriangan. Ni baru sangat sampai Penang. InsyaAllah, tamat sudah student life cik xira. Sekarang kita back to normal life ok? No more tido pukul 7pg, no more lunch pukul 4ptg, no more dinner pukul 11mlm ok?

Hmmm, rindu! Cik xira dah rindu! Nak buat camna nihhh??

Tuesday, April 26, 2011

Alhamdulillah :)

Salam readers!

Alhamdulillah, setelah berminggu-minggu kini cik xira dah berjaya siapkn research tuk memenuhi kehendak sebagai seorang pelajar ijazah tahun akhir.

Terima kasih kepada keluarga, tenaga pengajar dan kawan-kawan yang sama membanting tulang dalam usaha tuk menyiapkan thesis tersebut.

A big and special thanks to Mohd Soufi atas dorongan beliau dari awal semester hingga hari-hari terakhir di Arau Bandar DiRaja :)

Thanks big bro! Sebab maki hamun hg, sebab desakan hg, sebab panggilan hg, sebab semangat hg, kira senang cerita sebab hg lahh kn! Ahahaha, billion trillion thanks tuk hg!

And thanks jugak sebab tolong printkan segala setiap helaian kertas tu tuk aku, almost 300 pages hg print kn tuk aku. Thanks jugak sebab hg tolong bawak aku ke sana ke mari tuk pastikan aku buat thesis tu. Thanks jugak sebab pastikan aku cukup makan minum sepanjang aku kat Arau. Thanks sebab push aku, everyday. Thanks sebab teman aku seharian dan siapkn keja kita sama2. Thanks tuk idea dan tunjuk ajar. Thanks tuk siang dan malam aku jadi satu. Thanks sebab tak pernah kenal jemu + letih + bosan melayan kerenah aku. Thanks sebab hg faham aku. Thanks sebab hg banyak ajar aku tuk lebih kuat terima tohmahan.

Weyhh, kalau aku nk list down segala bagai mmg takkan habisla sopi.......

Aku sangat2 berterima kasih kat hang! Thanks weyhh sebab hg jaga aku macam aku ni budak kecik yang x reti nk bjalan, x reti apa lagi. Hg mmg abg aku yg best la!

Sumpah! Aku sayang hang.

Eiii, kalau dugong baca ni sure aku kena paku. Tapi takpa laa, ada aku kisah? Gagaga~ Big bro n lil sis sampai mati ok, promise me? :)

Nota kaki amek kt hg, awat post ni nmpk macam tuk hg ja sebenarnya? Ahaha! Lantakla wehhh.... Janji kerja kita siap! Yihaaaa~

Nanti kita p layan reggae sama2.... nooooohh!

Wednesday, December 15, 2010

Kampus Dalam Taman

Salam readers!

Hampir 3 minggu cik xira berkhidmat di USM, Penang sebagai pelajar yang menjalani latihan practical. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cik xira dapat kenal dengan orang baru, ragam baru. Cik xira juga dapat menimba ilmu yang diturunkan, eheee~


Pengalaman? Dalam 13 hari neyhh, cik xira berpeluang tuk menghadiri malam taklimat VC bersama Fellow, cik xira berpeluang duduk semeja dengan pegawai dalam bilik mesyuarat, cik xira juga berpeluang menguruskan hal-hal luar seperti bengkel.

Dalam masa yang sama, cik xira kini bergelar setiausaha untuk Timbalan Pendaftar. Nahhh ketahuan~ Belajar HR, jadi steno? Tapi tak pa la, cik xira suka. Atleast dapat tambah pengetahuan sebagai seorang S/U =)

Pn Noriah cakap, t after steno En Anuar masuk kerja semula, cik xira akan ditukar ke unit laen. Mungkin ke dalam unit RLKA. =) Ok jugak, boleh mengadap sistem yang baru.

Ehem ehem~ dalam masa 3 minggu neyh jugak, dah empat kali cik xira masuk lewat taw! Grrrr~ Jammed!! Tunggu 4 5 kali traffic light tapi keta cik xira tak lepas-lepas jugak! Adeyhlaaa~ 8.13, 8.14, 8.11, 8.15 nahhh ketahuan~

Office hours 8.10pg - 5.10ptg. Tapi cik xira selalu wat rajin balik lewat, penah balik pukul 5.50, 6.15, 5.30. Tapi kebiasaannya cik xira balik 5.20. Kadang-kadang best jugak balik lewat sebab tak payah nak jammed kt tengah jalan. Kalau balik lewat, senang ja nak tekan pedal minyak =) Penah jugak cik xira keja Ahad malam taw! Bole kira OT tak nanti? lalala~

Report research? Ngeee~ Alamak! Masih kosong.

Monday, November 15, 2010

In Memories~ :')

Salam =) Selamat pagi~

Kini Arau akan menjadi satu tapak peninggalan yang penuh dengan suka duka. Ditanah ini saya ketawa, ditanah ini juga saya menangis, dan ditanah ini juga saksi untuk segalanya!

Setengah dari kenangan ini, mungkin akan saya kenangkan dan merindui. Tapi sebahagian lagi dari kenangan itu akan saya lupakan kerana saya benci kepada kesakitan itu!

Kawan-kawan, terima kasih kerana meninggalkan kenangan yang agak berparut di dalam hati ini dan parut itu mungkin takkan hilang, akan saya biar parut itu agar kekal menjadi kenangan antara kita.

Semalam tengok ada banyak post dari kawan-kawan, macam2 bunyi ada. Mungkin ada yang terlupa pada xira, tapi takpa. Xira tak pernah kisah.

Terima kasih kalian tuk semuanya, dan maafkan xira andai sepanjang setahun setengah kita menjalinkan persahabatan ada salah silap yang xira lakukan. Secara atau tak sengaja. Halalkan semuanya~

Disini kenangan antara kita =)



Sunday, November 14, 2010

yahoo.com

Eyhh bukan www.yahoo.com turhhh, jauh sekali www.google.com plak. Neyh haaa bunyinya macam neyhhh Yahooooooooo~! Haaa, dah nak dekat sama macam Gooooooooogle dah neyh, apa cita? Lalala~

Cerita apa lagi maw dengaq?? Banjir?? Dah cerita, tapi sket ja la kan. Nak taw cerita banyak, p tengok berita last week. Bercambah cerita pasai banjir. Beh turhh, nak cerita apa?? Exam macam mana?? Lorhhh, macam final exam laa.

Penyakit yang ditakuti oleh pelajar =)

Kalau dah terkena, confirm saket! Kepada mereka yang tidak mengambil ubat-ubatan, sama seperti mereka yang tidak mengambil ilmu-ilmuan~

Kemudian?? Tertutup la sudah ceritera seorang pelajar Pengurusan Sumber Manusia, Semester ke-lima hari ini.

Last paper tadi, berjaya diijabkabulkan dengan kata-kata dusta, goreng sampai garing!

Petang satgi lepas abeh taklimat tentang practical, bole tolong pakcik guard tutup pintu pagar UiTM.....

Daa~

Saturday, November 13, 2010

esok last paper!!

Yay~ Esok dah last paper... wuwuwu~ Sedih betol larhh, selalu sangat jadi penutup tuk musim peperiksaan :(

Tapi takpa la, apa yang saya harapkan adalah lulus tuk semua subject! Harapan nak dapat A dan pointer yang memberangsangkan itu memang dah lama dikambusi oleh air banjir. Dah tak nampak dah bayang A, dah hanyut dibawa pergi~

Janji lulus, bole la nak jalan p latihan induksi.

Erkk! Tapi tuk last paper, Employment Law, dah tak bole focus! Camna neyh?? Aiyak~

Jiwa pown dah kena bawak lari oleh air banjir?? grrr~



Thursday, November 11, 2010

owhhh...

Dah abeh dah paper Risk Management petang 9th hari turhh, tak sempat plak cik xira nak share dengan rakan-rakan blogger... Eyh, ada ka orang nak amek kisah?? Arghh! Biarla, ada cik xira kisah?? lalala~

Btw, sedikit tergelak sebelum menjawab peperiksaan petang itu. Mana tak lawaknya, pengawas peperiksaan petang itu sedikit kalut. Adeyhhlaaa~

Pasai paper turhh, memang takmo comment apa-apa pown. Tak sama macam semester lepas, cik xira rajin comment pasai paper kn, tapi semester neyhhhh malas arh!

Rasa cam isu banjir dan pelarian lagi menarik. Mana taknya, hampir 5hari cik xira menumpang rumah orang, pengalaman final year di Arau.

x)

Sunday, November 7, 2010

D to the O to the N to the E

DONE?! Tak done sangat la, toksah dok berangan sangat. Ada lagi dua paper dok tunggu kat tali gantung nuhh!!

Dugaan final exam, keadaan banjir yang menyebabkan saya menjadi mangsa keadaan banjir!! Kenangan final year sebagai seorang pelarian!!

Comment tuk paper petang tadi, Compensation, EMPTY!

Fast update, i need to recharge! Daaa~


Saturday, October 30, 2010

Indusrial Relation

Pagi tadi selesai paper kedua semester neyh, Industrial Relation. Atau lebih senang disebut dan di'type', IR.

Sebelum itu, saya nak highlight kat sini. Bahawasanya sepanjang saya bergelar seorang pelajar diploma mahupun ijazah, sesungguhnya saya TAK pernah bangun pukul 5.30pagi untuk sambung study. Dan sejujurnya saya cakap, sepanjang saya bergelar pelajar, saya tak pernah habiskan past year examination yang setebal itu tuk djadikan latihan. Dan, saya berjaya menelaah buku IR setiap helaian sehingga helaian yang terakhir!!

Kemudian, pagi tadi saya masuk ke dewan peperiksaan melihat kertas soalan berwarna hijau. Selepas pengawas yang bertugas memberi kebenaran tuk membuka kertas soklan, saya membaca sekali lalu semua soalan yang dicetak.

Saya mula berkira-kira, soalan mana yang patut saya lakukan dahulu. Hmmm, rasanya semuanya sama saja! Yang mana dulu, yang mana kemudian, tak penting lagi. Sebab bagi saya soalan IR pagi tadi KILLER!!

Bagaimana remuk dan hancurnya hati saya?? Lebih teruk dari potret ini!!


nota siku : SAYA STUDY SUBJECT IR SEPANJANG SEMESTER NEYH, BUKAN TUK JAWAB FINAL EXAM PAGI TADI!! nahhh~~




Friday, October 29, 2010

kejadian Aneh Detik 3pagi

Kejadian aneh ini berlaku di kediaman sewa saya sendiri, berhampiran Matrix Perlis. Kejadian aneh ini berlaku tepat jam 3.00am, Khamis malam Jumaat.

Bertemankan lampu neon, saya sedang menelaah di dalam kamar bersama Irah. Kemudian, Hani masuk ke kamar dan bertanya, "eyh, korang ada suruh sesapa datang rumah tak?". Bila kami mendengar soalan pelik dari Hani, kami terus bertanyakan kenapa??

Kemudian Hani menceritakan kepada saya dan Irah.

Begini, tadi waktu Hani baru ingin melelapkan mata, Hani terdengar bunyi pintu besi bawah rumah. Kemudian dituruti dengan bunyi ketukan sebanyak 3kali, bunyi ketukan itu terkena pada pintu kayu bawah rumah kami. Nown yang sedang nyenyak dibuai mimpi indah, terjaga! Mungkin bunyi itu terlalu kuat sehingga mampu mengejutkan dia dari tido.

Kemudian, mereka bergegas memanggil Yana yang sedang beradu di dalam kamarnya. Dan Irah dengan lagak beraninya turun ke bawah tuk kunci pintu kayu yang rasanya masih belum dikunci.

Irah terus masuk ke kamar, sambung aktivitinya kembali. Saya masih berada d ruang tengah rumah bersama Hani, Nown dan Yana.

Kami cuba berfikiran positif, mungkin ada lelaki mabuk yang sengaja menganggu rumah kita? Mungkin juga jiran sebelah rumah yang tersalah rumah? Pelbagai kemungkinan yang kami sangkakan. Sehinggala Nown dan Yana memikirkan, malam tadi malam Jumaat.

Lantas, kami semua terfikir itu mungkin 'sesuatu' yang ingin menggangu kami.

Khamis, malam Jumaat. Jam 3pagi. Kawasan perumahan sunyi. Minggu final exam, minggu ramai student yang terkena gangguan dan histeria!

Sepanjang setahun kami menginap drumah ini, tak pernah lagi kejadian aneh berlaku.
Apa agaknya yang cuba menggangu kami??


Wednesday, October 27, 2010

1st paper done!

Salam readers!

1st paper dah berjaya cik xira selenggarakan pada pagi tadi, dah lewat2 malam camni baru ada masa cik xira nk update belog. Ye la, balik dari exam tadi pengsan kejap sampai matahari nk terbenam. Biasala kehidupan sebagai seorang pelajar, malam jadi siang, siang dah jadi malam. Bila siang la baru nak tarik selimut.

Comment tentang paper Hubungan Etnik tadi?? Hmmm, not bad larh. Soklan esei direct, soklan objective ja sedikit tercelaru. Kesihatan plak sedikit terganggu pagi tadi, tangan kiri pegang pen, tangan kanan pegang perut. Adeyhla~

Tak abeh2 perut neyh nk wat hal, isyh! Bedah buang satgi haaa~

Xira tawakal ja dengan kertas pertama pagi tadi, harap ustaz dapat terima pakai apa yang xira goreng dalam esei tadi, hat yang soklan A,B,C,D plak xira harap jawapan xira tepat.

Next paper on 30th Oct, thanks tuk semua sahabat yang sudi text cik xira by fon wish best of luck. Tapi sorry tak dapat nak reply msg kalian~


Monday, October 25, 2010

Almost 13hours left~

Tapi saya masih berkecimpungan d alam maya, adeyhla~

CTU = Cuaca Terik Ukhhh!!

Sungguh, esok 1st paper, CTU533, dan saya masih belom ada ilmu yang cekang di dada tuk diperjuangkan pada hari esok, lalala~

Cuaca yang sangat tajam menembus masuk ke dalam kamar, dan bahang yang ditinggalkan membuatkan saya tiada sedikit pown feel nak study. Tudiaaa~

Lewat2 petang sket larhh~ Btw, gluck tuk semua!! xD

Marilah kita memperjuangkan hubungan etnik seMalaysia~


Sunday, October 24, 2010

Good Luck!!

Salam readers~

Cik xira nak wish kepada semua sahabat handal cik xira, tak kira jauh atau dekat. Semoga berjaya dalam menempuh final examination yang bakal berlangsung pada esok hari. Tuk rakan-rakan dari UiTM Kedah, dan rakan-rakan dari UiTM Perlis. Best of luck!!

Dan cik xira ingin ambil kesempatan neyh tuk wish kepada semua warga UiTM jugak!! Yihuuu~ Jawab dengan hati yang tenang dan ikhlas.

Cik xira jugak nak minta maaf andai cik xira ada membuat salah dan silap secara sengaja atau tak, harap kalian dah maafkan cik xira. Moga tenang cik xira ingin melangkah ke dewan peperiksaan.



Wednesday, August 25, 2010

Istiadat Konvokesyen UiTM tidak lagi akan dijalankan di Induk Shah Alam sahaja

Grrrrr~

Berita yang disampaikan ini amatlah menyesakkan dada cik xira! Dah la demam belom sembuh sepenuhnya, ditambahkan pula dengan berita ini! Saat ingin konvo bersama rakan-rakan sewaktu diploma nampaknya terkubur begitu sahaja.

Masih segar lagi dalam ingatan xira saat xira konvo dengan rakan-rakan diploma dlu. Selepas satu semester berasingan dengan mereka dan saat konvo bersama-sama itu kami menggunakan masa yang ada itu sebaik mungkin tuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada.

Sekarang neyh rakan-rakan diploma dah tercampak merata kampus, kononnya nanti time grad bolehlah together2 semula. Tapi bila berita ini sampai, harapanku hancur musnah!!

Ini cik xira amek keratan dari web UiTM bahagian rekod pelajar dan konvokesyen :

"..Istiadat Konvokesyen dijangka akan berlangsung dari 25 November hingga 6 Disember 2010 di UiTM Shah Alam dan empat kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak. Istiadat Konvokesyen Ke-73 ini juga akan berlangsung secara serentak di kampus Induk Shah Alam dan juga empat kampus tersebut mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

Bagi graduan yang menuntut di kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak serta Kolej-Kolej Bersekutu di empat negeri tersebut dimaklumkan anda akan bergraduasi di empat kampus cawangan yang telah dinyatakan. Manakala graduan yang menuntut di negeri selain yang dinyatakan diatas, anda akan bergraduasi di Kampus Induk Shah Alam.

Sebarang Maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen. Harap maklum.

Last Updated on Monday, 23 August 2010 15:54 .."

Nahh ketahuan!! Sila la berterima kasih kepada UiTM dihatiku kerana mengasingkan kami.. :(

Monday, August 2, 2010

Harvard Suasana Hotel


Cik xira baru selamat pulang ke Araustralia setelah dua hari menjalani 'Strategic Team Building & Innovative Training' dekat Harvard. So far, cik xira berbangga dengan group cik xira, 'Apom Lenggang' yang mendapat tempat ketiga secara keseluruhan dan persembahan 'Malam Pesta Muda Mudi' jugak mendapat persembahan terbaik malam itu. Tahniah! Dan terima kasih atas kerjasama kalian.

'Apom Lenggang' dianggotai dari cik apam, cik shahlan, cik tasha, cik dya, cik kinah, cik aisyah, cik is, cik nisa dan jugak yang pasti cik xira.. :)

Objektif utama training ini dijalankan tuk merapatkan hubungan pelajar HR part 5. Seperti yang sedia maklum, terlalu banyak puak yang telah ditubuhkan oleh pelajar sendiri. Oleh yang demikian Ketua Program kami yang jelita, Puan Rozihana, dengan jayanya berjaya menganjurkan program neyh. Kami yang seramai 66 orang agaknya dibahagikan kepada 7 kumpulan yang telah disusun oleh crew. Class A dan class B dicampur dan matlamat untuk merapatkan kami Alhamdulillah berjaya dengan jayanya jugak.

Dan disini cik xira ingin mengambil kesempatan tuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat yang sangat prihatin tentang keadaan cik xira yang menyulitkan, terutamanya Shaz.

Shaz seorang sahabat yang baik rupanya, disebabkan cik xira bukan satu class dengan dia cik xira kurang mengenali beliau tapi setelah dua hari disana baru cik xira tawu hati budi beliau. Beliau sanggup keluar dari majlis makan malam datang ke bilik cik xira tuk bawak makanan sebab cik xira kurang sihat secara fizikal dan mental pada malam pertama disitu. Dan banyak lagi jasa beliau yang takkan cik xira lupakan. Terima kasih sahabat!

Sahabat yang laen jugak tak cik xira lupakan. Kepada group member 'Apom Lenggang', terima kasih jugak kerana kita tak pernah berhenti menyokong antara satu sama laen.

Masa yang dihabiskan bersama sahabat-sahabat disana, Alhamdulillah menggembirakan.

Terima kasih.

Tuesday, June 15, 2010

talian hayat


Ogeyh, title entry neyh memang takdak kena mengena dengan apa yang cik xira nak gebang kat sini pown. x)

Tadik cik xira wat test 2 QMT, malam satgi cik xira ada test 2 OM.

Tadik pagi jugak cik xira ada individual presentation OM, malam esok satgi plak cik xira ada group presentation OM.

Ogeyh, berbalik kepada tajuk asal. Anda demam piala dunia?? Alhamdulillah cik xira tak terkena jangkitan demam piala dunia tapi cik xira tempias tekena selsema piala dunia. Alamak!

Cik xira minat England sejak azali sebenarnya, tapi pakcik hat yang jual jersey turh tak mau jual jersey England cutting pompuan. Alasan pakcik turh England tak masuk final nanti, so cik xira hanya mampu create jersey sendiri la mgunakan application dalam fesbuk, hehu~



Tapi cik xira tak rasa sia-sia ada jersey Brazil dengan Spain dalam almari cik xira, sebab apa?? Haaa~ pakat mai tgk neyh ramai-ramai... ----> clickSINI

Ogeyh, berbalik kepada tajuk asal (manyaknya tajuk asal entry neyh?), cik xira makin lepat liat nak study. Haiiiissshh~ Tak tau pasaipa! Anda tawu pasaipa?? Hmmm, cik xira myk habiskan masa dengan blogwalking dan juga disini! Haiiisshhhh~


Friday, June 11, 2010

penat aihhh~

Perasaan terbuak membuak nak nengok result, tambah-tambah bila makin ramai kawan-kawan dah leyh nengok result..

Pastu kawan-kawan hat yang dah nengok neyh cakap kat cik xira, 'buka guna mini transkrip xira!'.. Cik xira pown gigih la bukak jugak. Tapi ini larhh hasilnya!


Ada salah seorang schoolmate xira berkata-kata, ''apehal la semua bising2 xleh check result. bykkan la bersabar. bukannye korang dapat A pon kalau check awal. mende la. matang sket.''.. Hohoho~

Lantak kau la brader! Orang laen semangaiittt tak yah la kamu nk runtuhkan semangat org.. Ogeyh? Kalau kamu taknak tengok + kamu sangatla penyabar, haaa tak payah nengok sampai sem depan ogeyh?? Sigh!

Ok, cik xira memang sgt moody malam neyhh! Dah la tak leyh nak tidoq.. Hmmm, si dia plak dah nyenyak tido.... Cakap nak tidoq pown dak dah lani....

sigh!


Haiiisshhh~ Laen kali kalau habaq result kuar 10 June 2010, bagi la student nengok 10 June 2010.

Dan kalau dah tawu student UiTM neyh beribu juta, upgrade la sket system turh. Neyh dak, susah payah student hat yang tak dak internet kat umah, kena p cc nak check tapi alih2 result tak kuaq lagi. Ish! Pernah terpikiaq dak??

Hati tak tenang, jiwa tak tenteram. Tidoq?? Haiiissshh~ Payah betol!



Thursday, June 10, 2010

MINTA TOLONG!!

Cik xira nak minta bantuan kecemasan kat kawan-kawan sekalian boleh dak??

Sat jaaa, betol-betol punya sat neyh, 3 minit pown tak sampai... Kawan-kawan tolong tutup web student portal sattt ja. Cik xira masuk 3 minit pastu satgi kawan-kawan masuk la balik naa... Bolehh naaa bolehhh naa... heeee~

Please~ xP

Satgi cik xira dah dapat masuk nengok result, kawan-kawan masuk balik naa... :)

current mood : gigih!