❤ hey follower, thanks! ❤

Thursday, March 12, 2009

Cara Berdiet


Langkah penjagaan diet:


# Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak dalam makanan.

# Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semula jadi daripada 28 peratus kepada 48 peratus.

# Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga.

# Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak tidak tepu tidak lebih daripada 10 peratus dan lemak mono tidak tepu pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus.

# Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih daripada 30 miligram dalam sehari.

Lapan tip miliki tubuh sempurna:

# Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambil.

# Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk.

# Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini menjadi menu tetap.

# Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

# Kurangkan penggunaan garam dan gula.

# Lakukan aktiviti senaman secara berkala.

# Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah dan amal gaya hidup sihat.

# Minum banyak air terutama air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

2 comments:

aKu NaKaL said...

Terima Kasih DokTor zYRa..

Tapi memang tak bley makan pil kan.. so jangan dok gatai2 pi makan yer.. x)~

xira ixora said...

owhhh...itu cara tuk mpercepatkn lg pnurunan berat badan...
cuma jgn amek secara blebihan...
memudaratkn...