❤ hey follower, thanks! ❤

Wednesday, December 2, 2009

tag version : bahasa melayu sahaja!!

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu SAHAJA.
Makna nya dalam EJAAN BAKU dan tiada kata ringkas ya adik-adik?

1. Bekas kekasih saya adalah
::: seorang lelaki tulen yang pasti! bukan gay(gay dalam bahasa melayu apa?) :)

2. Saya sedang mendengar
::: bunyi tiupan angin kipas berdiri

3. Mungkin saya patut
::: masuk tidur dan teruskan berangan seperti hari-hari sebelum

4. Saya suka
::: melayari mukabuku dan berjalan-jalan di laman web orang

5. Sahabat-sahabat baik saya
::: sangat baik terhadap saya, mereka sentiasa ada!

6. Saya tak paham
::: kenapa saya masih begini??

7. Saya kehilangan
::: kekuatan.. saya perlukan kekuatan itu semula!

8. Ramai yang berkata
::: saya masih berada dalam dunia semalam saya.. mereka salah! terima kasih,

9. Makna nama saya
::: nur = cahaya. azira = ??? kurang pasti :)

10. Cinta itu adalah
::: apabila kita mempercayai seseorang itu seikhlas hati

11. Di suatu tempat, seseorang sedang
::: melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya

12. Saya akan cuba
::: membaiki kehidupan kini, terima kasih atas inspirasi yang diberi

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
::: selama-lamanya... hehehe! :)

14. Telefon bimbit saya
::: tiada kredit :(

15. Bila saya terjaga dari tidur
::: saya akan mendengar leteran ibu saya, itu tandanya matahari sudah berada di atas kepala!

16. Saya paling meluat apabila
::: ada seseorang yang saya tidak kenali dan kemudian membuat andaian yang salah tentang saya!!!

17. Pesta/Parti adalah
::: keadaan yang meriah dan boleh menghilangkan tekanan yang ada :)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
::: semut >.<

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
:: satu hari sehingga lapan tahun.

20. Hari ini
::: saya mendapatkan sesuatu di pusat celcom :)

21. Malam ini saya akan
::: cuba membuat keajaiban! mari~

22. Esok pula saya akan
::: menjadikan hari saya ceria dan indah.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini
::: saya dapati jerawat masih hidup di atas permukaan kulit muka saya! benci!

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
::: pusat membeli belah yang pasti!!

26. Makanan Barat atau Jepun
::: saya tidak mahu jawab soalan ini, kerana saya suka masakan ibu saya :)

27. Bilik yang terang atau gelap
::: gelap! saya boleh tidur dengan nyenyak >.<

28. Makanan segera adalah
::: sedap!! maggi kari letup!! terangkat!!

29. Ayat terakhir yang saya katakan pada seseorang?
:: ya, sebentar lagi adik masuk tidur. selamat malam!

30. Siapa yang anda mahu Tag?
:: semua pembaca belog saya, kalau tidak saya merajuk!

No comments: