❤ hey follower, thanks! ❤

Monday, June 7, 2010

Sinopsis : Lagenda Budak Setan

Ok, for those yang dak nengok lagi movie neyh rasanya anda tak payah la baca entry neyh kan? Pasai satgi dalam panggung dah tak suspend plak.

Macam cik xira, search merata sinopsis movie neyh, alih-alih masa nak nengok dah tawu la pas neyh nak jadik apa. Aiyak! Tak syiok plak rasa. So kalau dak nengok lagi tak yah la baca naa.. x) nak baca jugak pown takpa, sukati laarhh

Ok, first of all
sunatla wajibla hat yang novel punya lagi superB. Ya la novel turh mengandungi lebih dari 1000 mukasurat. Movie neyh sejam lebeyh ja, mana nak muat cerita suma dalam novel sumbat mai filem. Ye dok?

15min pertama cita neyh xira tamau sembang pasai xira masuk pown dah lewat 15minit. Takat xira nengok dah part Kasyah neyh dah nak berchenta dgn Ayu dah. So xira tak sempat nak nengok part ada cicak segala bagai dalam tin cola Ayu dan aksi aksi nakal Kasyah. Ok, cik xira rugi!


LBS mengisahkan tentang seorang budak setan nakal + anti-pompuan. Alasan? Masa Kasyah kecik dulu dia pernah tercium sorang budak then mak Kasyah sumbat cabai dtempat kemaluan Kasyah, sejak turh dia mula tak suka perempuan.

Then Ayu yang baru masuk kolej dmana tempat Kasyah belajar akhirnya berjaya menawan hati keras lelaki itu.
Ayu mempunyai kisah silam yang pahit bersama bekas kekasihnya, Azmi. Ayu dan Azmi pernah terlanjur semasa mereka sedang hangat berchenta. Tapi hubungan antara mereka terputus dipertengahan jalan kerana Azmi sangatla suka berlaku curang. Bukan sekali dua, tapi beribu kali Azmi curang sehinggala akhirnya Ayu angkat kaki dan berpindah. Tetapi sejarah itu tidak terus memadam chenta Kasyah tuk Ayu.

Kemudian, Kasyah mendapat tawaran dana pembelajaran. Dia dihantar ke kawasan perkampungan tanpa tv, telefon, dan bekalan elektrik. Ok, cepat bayangkan kampung turh sgt pendalaman! x)


Sebelum Kasyah dan Ayu berpisah Ayu berjanji tuk terus setia menunggu sehingga Kasyah tamat pembelajaran dan kemudian Kasyah ingin menyarungkan cincin tanda percintaan mereka. Malangnya belum sempat sehari Kasyah pergi, Azmi muncul semula! Azmi memasang niat jahat tuk kembali bersama Ayu.

Azmi mengumpan ibu Ayu tuk memiliki Ayu.
Ayu menyangka Azmi akan berubah selepas mereka berkahwin tapi jauh sama sekali. Azmi masih pulang lewat malam, dan kaki pukul. Sehinggalah suatu malam, selepas Ayu dan Azmi bergelut dalam pergaduhan Ayu keluar membawa kereta lalu terlibat dalam kemalangan.

Wajah Ayu hancur dan segala penderitaan yang ditanggung Ayu semuanya Ayu ceritakan kepada sahabat baeknya sejak kolej dulu, Sue. Kemudian Ayu membuat pembedahan plastik dan mengubah wajah dia yang sebenar. Ayu kini bertukar menjadi Emylia.


Selepas setahun Kasyah pulang tuk mencari Ayu. Tapi berita yang disampaikan oleh Sue kepada Kasyah sangat mengecewakan Kasyah. Sue membawa Kasyah berjumpa dengan Emylia, kasyah sering memerhatikan gerak geri Emylia yang saling tak tumpah macam Ayu!


Setelah lama Emylia dan Sue merahsiakan identity Ayu yang sebenar, Sue mengambil tindakan tuk berterus terang dengan Kasyah selepas Emylia membuat keputusan tuk terbang jauh dari Malaysia. Kasyah bergegas mendapatkan Emylia dan menyarungkan cincin yang telah lama Kasyah beli ketika zaman kolej mereka.


Azmi yang mendapat berita tentang perkahwinan yang bakal Emylia dan Kasyah langsungkan, segera menghasut ibu Emylia/Ayu supaya hasrat itu hancur. Kejadian berulang lagi apabila Azmi datang ke rumah Emylia dan berlaku lagi pergaduhan sehinggakan Emylia terhantuk kepala di pasu bunga akibat ditolak kasar Azmi. Pergelutan itu disaksikan oleh ibu Ayu tuk pertama kalinya dan Emylia pula hilang ingatan!


Akhirnya ibu Ayu menerima kehadiran Kasyah dan sama-sama usahakan pemulihan Ayu/Emylia. Chenta Kate terhadap Kasyah langsung tidak meruntuhkan setianya chenta Kasyah tuk Ayu. Kate yang merangkap majikan kepada Kasyah kecewa selepas mendapat tawu rupanya hati Kasyah teguh bersama Ayu.

Alhamdulillah, Ayu dan Kasyah selamat diijab kabulkan dan selepas beberapa bulan Ayu yang berwajahkan Emylia berbadan dua.

Cerita LBS part I akhirnya disudahi dengan kematian Ayu/Emylia semasa melahirkan zuriat tuk Kasyah. Berakhirlarhh episod cerita ini.

Any comment?? Bawakla sekotak tisu Premier supaya baju anda bebas dari air mata... x)

nota siku I : ada mana-mana pihak media nak amek cik xira jadi pengulas filem seterusnya?? heee~ xP


nota siku II : laen orang laen tafsiran tentang filem neyh, tapi bagi cik xira filem neyh besh! Menyayat hati!! Rating : 4stars.. x)

nota siku III : kalau nak feel lebih, gie nengok sndiri... hehu~



Lirik Lagu Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) oleh Filianti Vlee

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yangku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan chenta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yangku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya chentamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Chenta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya chentamu
Menusuk hatiku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan!!


4 comments:

rashid said...

Rasanya memang ramai dah tengok LBS ni...kalau saya buat review filem popular, saye just letakan good and bad je, jalan cite kita suruh dorang tengok, sebab cara kita tulis lain dengan pengamatan mata kita melihat filem tu sendiri...sekadar perkongsian ok...LBS memang bes...

xira ixora said...

yes, u r right.. tp saja jari rajin nk menaip... x)

Unknown said...

zira!! syue ta tgk ag T_T

nk tgk tade mbe ;(

xira ixora said...

syue pat nengok pat syue.. syiok syiok neyh cita neyhh... xdk teman?? meh xira nk teman.. heee~ x)