❤ hey follower, thanks! ❤

Tuesday, July 13, 2010

6 tip untuk kamu!

Hye readers!

Entry kali ini cik xira ingin berkongsi enam tips untuk kamu yang memiliki kekasih pemarah. Opsss!! Tapi kalau kekasih anda bukan seorang yang pemarah, anda boleh terus membaca! Enjoy~

Kalau peribahasa dulu, rambut sama hitam tapi hati laen-laen. Tapi sekarang neyh peribahasa turh dah tak boleh digunakan sangat, sebab apa?? Sebab sekarang neyh rambut orang pown dah macam-macam warna dah! Macam cik xira, mama bising-bising cik xira warnakan rambut last 2 week. Haiissshh~ Dah sah-sah peribahasa tu tak bole guna tuk cik xira, kan? :p

Cik xira, jangan nak amek selekoh manyak sangatla! Ok, berbalik kepada tajuk asal! Setiap pasangan pasti mempunyai character yang pelbagai macam, ada yang penyabar dan ada juga yang pemarah! Kalau hat yang dapat pasangan penyabar, untungla nasib badan. Tapi kepada individu yang dapat kekasih pemarah, bagaimana?

Disini ada 6 tips untuk anda!!

  1. Kenali sifat pasangan anda! Cubala anda selami sifat-sifat pasangan anda terlebih dahulu. Ada baiknya kamu mengenali pasangan anda dan lebih baik jika anda sendiri yang mengenali bagaimana sifat pasangan anda daripada anda mendapatkan maklumat dari pihak laen. Kerana setiap pihak mempunyai pandangan yang berbeza! Kemudian setelah anda saling mengenali pasangan anda dengan baik, lebih mudah untuk anda menghadapinya.
  2. Hindari melakukan sesuatu yang si dia tidak suka/benci! Selepas kamu berjaya melakukan tips pertama, cik xira yakin kamu mampu melakukan tips kedua. Cuba sebaik mungkin tuk menjauhi segala bagai yang si dia tidak gemari. Contohnya, kamu sering terlepas tuk menjawab panggilan telefon si dia dan si dia sering marah andai kamu tidak mengendahkan panggilan si dia. Sebaiknya cuba kamu gantung telefon bimbit kamu di leher!! Hahaha~ Bawak telefon bimbit kamu kemana sahaja walaupun dalam toilet! :p Tapi kalau telefon rumah, tak payah la kan!
  3. Jangan campur urusan si dia! Tak payahla kamu nak masuk campur urusan atau hal si dia kalau si dia langsung tak memerlukan bantuan atau pandangan kamu. Terdapat sesetengah perkara yang perlu si dia uruskan tanpa kamu, so tak payah la nak kecik hati segala bagai kalau si dia sibuk menguruskan hal dia.
  4. Jangan suka menasihati! Haaa~ kalau kamu rasa nasihat kamu bagus, cuba apply jadi kaunselor. Kowtt2 dapat, ok jugak! Bergaji dari kamu dok nasihat si dia yang pemarah belom tentu si dia memerlukan nasihat kamu yang tak bertauliah turh! Ngeee~ Cik xira owhh cik xira, maaf ya kalau terkasar bahasa! :)
  5. Bersifat terbuka! Cubalah menjadi pasangan yang berfikiran terbuka tuk si dia yang kamu kasihi. Kadang kala apabila si dia memberikan pandangan, bunyinya agak keras dan kasar. Ya la, merekakan dari golongan pemarah. Cuba kamu ambil pandangan itu sebagai satu kritikan dan sebagai cabaran tuk kamu memperbaiki kelemahan diri kamu. Tak salahkan menerima sesuatu dengan fikiran terbuka?.. Tak payah nak mengada-ngada taik kuda macam cik xira, nak emosi tak tentu pasai sebab mereka yang mempunyai sifat pemarah neyh agak EGOIS! Oleh yang demikian, terimalah dengan hati yang terbuka.
  6. Terus-terang sahaja! Dah hgpa taw pasangan hgpa turh pemarah, nak berselindung segala bagai nak buat apa lagi? Saja nak marakkan api kemarahan si dia? Haiishh~ Bahaya!! Kalau tersilap langkah bole membakar diri. Si dia pasti lebih suka andai anda bersifat berterus-terang. Si dia yang pemarah jugak mempunyai sifat positif dalam diri iaitu sifat berterus-terang dan jujur. Tapi cara mereka menyampaikan apa yang mereka suka atau tidak itu larhhh lebih ke arah kasar dan bernada marah. So, anda perlulah mengelak dari berkias atau menyindir serta menunjukkan muka sepert merahsiakan sesuatu dari si dia.
nota siku I : Selami perasaan kekasih kamu dengan tip yang diberikan! Selamat beramal~ :D


5 comments:

najib said...

kakau kekasih tu tetap dengan perangai sendiri,7 tahun asyik kiter mengalah jer,asyik kiter yang jaga dia,tapi da selalu lupo kiter,mcmana?

najib said...

kalo kekasih memang tidak boleh diubah lagi,7 tahun memenangkan kekasih jer,mcmanaZZ?

xira said...

@najib aduyai~ kalau kes turh, kena brainwash kekasih hati.. :p takpa, t cik xira ulas kes turhh plak naa.. :)

vangardx said...

kalau sorang pemarah..sorang lagi kena la penyabar..baru lengkap.. :)

kena ad positif negatif mcm magnet jugala :)

xira said...

@vangardx betul turhh.. sama cm teori, kalau sorg laki, sorg lagi kena la pmpn.. kalau dua2 laki tak kena gaya laa.. :)