❤ hey follower, thanks! ❤

Tuesday, July 6, 2010

genap sebulan~

Saat aku menaip entry neyh tepat jam 9:54pm. Sambil itu aku mendengar lagu-lagu Rihanna menggunakan earphone. Saat ini jugak aku merasakan, ohh gelapnya! Mungkin aku terlupa membuka lampu agaknya? Ya! Patutla sekeliling aku gelap sama seperti gelapnya hidup aku kini. Ok kejap aku buka lampu dulu. :)

Nengok housemate aku, aikk kenapa depa semua pown bergelap gelita. Blackout ka? Dak pown, kipas masih ligat berpusing. Mungkin semuanya sedang pertukaran hormon, sangkaanku belaka.

Tarikh hari neyh, 06 July 10. Ya! Genap sebulan perubahan dalam hidup aku yang telah berjaya mengubah segala-galanya! Tiada satu pown yang masih sama seperti sebulan yang lalu melainkan keteguhan chenta aku pada dia.

Terima kasih kepada insan yang berjaya mengubah aku menjadi Nur Azira yang baru, sehinggakan kawan-kawan aku menyedari perubahanku yang mendadak ini. Dan perubahan selama sebulan ini memberikan aku seribu satu dugaan. Aku cuba mengatasi semua cabaran itu, namun genap sebulan aku makin lemah dan longlai.

Aku biarkan sahaja keadaan itu makin parah dan hancur. Ya, aku yang mungkin patut dipersalahkan.

Tapi aku akan terus menyintai dia. Aku akan tetap menanti hari bahagia antara aku dan dia. Kerana itu yang telah dia janjikan kepada aku.

No comments: