❤ hey follower, thanks! ❤

Saturday, October 30, 2010

Indusrial Relation

Pagi tadi selesai paper kedua semester neyh, Industrial Relation. Atau lebih senang disebut dan di'type', IR.

Sebelum itu, saya nak highlight kat sini. Bahawasanya sepanjang saya bergelar seorang pelajar diploma mahupun ijazah, sesungguhnya saya TAK pernah bangun pukul 5.30pagi untuk sambung study. Dan sejujurnya saya cakap, sepanjang saya bergelar pelajar, saya tak pernah habiskan past year examination yang setebal itu tuk djadikan latihan. Dan, saya berjaya menelaah buku IR setiap helaian sehingga helaian yang terakhir!!

Kemudian, pagi tadi saya masuk ke dewan peperiksaan melihat kertas soalan berwarna hijau. Selepas pengawas yang bertugas memberi kebenaran tuk membuka kertas soklan, saya membaca sekali lalu semua soalan yang dicetak.

Saya mula berkira-kira, soalan mana yang patut saya lakukan dahulu. Hmmm, rasanya semuanya sama saja! Yang mana dulu, yang mana kemudian, tak penting lagi. Sebab bagi saya soalan IR pagi tadi KILLER!!

Bagaimana remuk dan hancurnya hati saya?? Lebih teruk dari potret ini!!


nota siku : SAYA STUDY SUBJECT IR SEPANJANG SEMESTER NEYH, BUKAN TUK JAWAB FINAL EXAM PAGI TADI!! nahhh~~




No comments: