❤ hey follower, thanks! ❤

Friday, October 29, 2010

kejadian Aneh Detik 3pagi

Kejadian aneh ini berlaku di kediaman sewa saya sendiri, berhampiran Matrix Perlis. Kejadian aneh ini berlaku tepat jam 3.00am, Khamis malam Jumaat.

Bertemankan lampu neon, saya sedang menelaah di dalam kamar bersama Irah. Kemudian, Hani masuk ke kamar dan bertanya, "eyh, korang ada suruh sesapa datang rumah tak?". Bila kami mendengar soalan pelik dari Hani, kami terus bertanyakan kenapa??

Kemudian Hani menceritakan kepada saya dan Irah.

Begini, tadi waktu Hani baru ingin melelapkan mata, Hani terdengar bunyi pintu besi bawah rumah. Kemudian dituruti dengan bunyi ketukan sebanyak 3kali, bunyi ketukan itu terkena pada pintu kayu bawah rumah kami. Nown yang sedang nyenyak dibuai mimpi indah, terjaga! Mungkin bunyi itu terlalu kuat sehingga mampu mengejutkan dia dari tido.

Kemudian, mereka bergegas memanggil Yana yang sedang beradu di dalam kamarnya. Dan Irah dengan lagak beraninya turun ke bawah tuk kunci pintu kayu yang rasanya masih belum dikunci.

Irah terus masuk ke kamar, sambung aktivitinya kembali. Saya masih berada d ruang tengah rumah bersama Hani, Nown dan Yana.

Kami cuba berfikiran positif, mungkin ada lelaki mabuk yang sengaja menganggu rumah kita? Mungkin juga jiran sebelah rumah yang tersalah rumah? Pelbagai kemungkinan yang kami sangkakan. Sehinggala Nown dan Yana memikirkan, malam tadi malam Jumaat.

Lantas, kami semua terfikir itu mungkin 'sesuatu' yang ingin menggangu kami.

Khamis, malam Jumaat. Jam 3pagi. Kawasan perumahan sunyi. Minggu final exam, minggu ramai student yang terkena gangguan dan histeria!

Sepanjang setahun kami menginap drumah ini, tak pernah lagi kejadian aneh berlaku.
Apa agaknya yang cuba menggangu kami??


2 comments:

tam said...

adehh..baru nak stat seram tup tup cita dah habiss... hu hu..kalau sambung sampai terbuka pintu baru gumpaq tuu..

xira said...

hehehe~ sorry2.. cerita neyh xdpt nk dhabiskan sbb kami semua tak berani nk bukak pintu.. lalala~